CMG, LaLiga Ikrar Perkukuh Kerjasama

Presiden Kumpulan Media China (CMG) Shen Haixiong pada Khamis bertemu Presiden Liga Bola Sepak Sepanyol (LaLiga) Javier Tebas yang bersama Raja Sepanyol, Raja Felipe VI dalam lawatan rasmi ke China.

Shen berkata CMG telah menjalin kerjasama yang rapat dengan LaLiga sejak sekian lama. 

Melalui kerjasama hak cipta, pemeteraian memorandum kerjasama dan penganjuran bersama acara sukan, CMG dan LaLiga mendorong pertukaran budaya antara kedua-dua negara serta merapatkan persahabatan sesama rakyat menerusi sukan bola sepak.

Beliau berharap CMG dan LaLiga dapat terus bekerjasama untuk memacu perkembangan industri bola sepak dua negara dan membantu menyebarkan budaya sukan.

Sementara itu, Tebas yakin bahawa kerjasama Sepanyol-China dalam bidang sosiobudaya mempunyai prospek yang lebih cerah pada masa hadapan.

LaLiga komited terus menyumbang kepada pengukuhan hubungan dua hala serta ikatan muhibah sesama rakyat menerusi kerjasama dengan CMG, kata beliau.