Wang Yi Bertemu Menteri Luar Syria di Beijing

Menteri Luar China Wang Yi mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Syria, Asaad Hassan al-Shibani di Beijing pada Isnin.

Dalam pertemuan tersebut, Wang berkata China menyokong usaha Syria untuk mencapai keamanan seawal mungkin serta menemui pelan pembinaan semula negara yang selari dengan kehendak rakyat menerusi dialog politik.

Wang turut menegaskan bahawa Gerakan Islam Turkistan Timur (ETIM) disenarai sebagai organisasi pengganas antarabangsa oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC).

Justeru beliau menghargai komitmen Syria untuk tidak membenarkan mana-mana entiti menggunakan wilayahnya bagi menjejaskan kepentingan China.

Mengulas lanjut, Wang berharap Syria dapat melaksanakan komitmen tersebut melalui langkah berkesan bagi menjamin perkembangan stabil hubungan dua hala.

Sementara itu, Al-Shibani berkata Syria menentang segala bentuk keganasan dan tidak membenarkan mana-mana entiti memperguna wilayahnya untuk melakukan kegiatan yang menjejaskan keselamatan, kedaulatan dan kepentingan China.