China terus komited untuk memperkasa kerjasama yang saling menguntungkan dengan Rusia.
Demikian dinyatakan Perdana Menteri China Li Qiang ketika bertemu Presiden Rusia Vladimir Putin di Moscow pada Selasa.
Dalam pertemuan tersebut, Li memaklumkan bahawa di bawah bimbingan strategik pemimpin kedua-dua negara, perkongsian koordinasi strategik komprehensif China-Rusia pada era baharu berada pada tahap tinggi.
Beliau turut menyatakan kesediaan China bekerjasama dengan Rusia untuk memperkukuh ikatan persahabatan dan memperkasa kerjasama dalam pelbagai bidang sehingga memacu pembangunan kedua-dua negara.
Mengulas lanjut, Li berkata China dan Rusia perlu terus bersinergi melaksanakan hasil yang dicapai menerusi Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) di Tianjin, sekali gus memangkin pembangunan berkualiti tinggi SCO.
Sementara itu, Putin menyatakan kesediaannya untuk memperkukuh pertukaran peringkat tinggi dengan China, memperluas kerjasama saling untung dan menggalakkan pembangunan bersama.













Tinggalkan Balasan