KUALA LUMPUR, 19 Nov — Malaysia dan Turkiye mempunyai potensi besar memperkukuh kerjasama strategik menerusi pemindahan teknologi, pembangunan bersama dan penglibatan industri tempatan bagi memantapkan keupayaan pertahanan negara.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyuarakan keyakinan itu selepas menerima kunjungan syarikat teknologi pertahanan terkemuka Turkiye yang diketuai Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden ASELSAN Ahmet Akyol serta Duta Besar Turkiye ke Malaysia Emir Salim Yüksel.
“Dalam pertemuan ini, saya menegaskan keperluan Malaysia bergerak melangkaui model perolehan tradisional dan menambah baik strategi perolehan ke arah kerjasama jangka panjang yang membina rantaian bekalan nasional, mengukuhkan kolaborasi industri tempatan dan membuka peluang pasaran lebih luas,” katanya menerusi hantaran di Facebook malam ini.
Mohamed Khaled dan Menteri Pertahanan Nasional Turkiye, Yasar Guler telah mengadakan pertemuan empat mata sempena Pameran Industri Pertahanan Antarabangsa (IDEF) 2025 di Istanbul, Julai lepas.
Pertemuan itu memberikan fokus pada perbincangan mengenai kerjasama dalam bidang ketenteraan dan pertahanan yang perlu dilaksanakan kedua-dua negara.












Tinggalkan Balasan