China berjaya melancarkan kapal angkasa Shenzhou-22 dengan roket pembawa Long March-2F Y22 dari Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan, barat laut China pada pukul 12.11 tengah hari Selasa menurut Agensi Angkasa Lepas Bermanusia China (CMSA).
Sepuluh minit selepas pelancaran, kapal Shenzhou-22 berpisah dengan roket dan memasuki orbit yang ditetapkan.
Menurut rancangan, selepas memasuki orbit, kapal Shenzhou-22 akan bercantum dengan kombinasi stesen angkasa lepas.
Kapal angkasa tanpa penumpang itu dilaporkan membawa makanan, ubat-ubatan, buah-buahan dan sayur-sayuran segar, selain peralatan yang diperlukan untuk membaikpulih retakan di tingkap kapal angkasa Shenzhou-20, serta alat ganti dan barangan lain yang diperlukan oleh stesen angkasa lepas.













Tinggalkan Balasan