Perlunya Usaha Bersepadu Menuju Sifar AIDS: Isteri Presiden China

Isteri Presiden China Xi Jinping, Peng Liyuan menggalakkan semua pihak mengambil usaha bersepadu bagi memastikan visi sifar jangkitan baharu HIV, sifar diskriminasi dan sifar kematian berkaitan AIDS dapat dicapai.

Peng yang juga Duta Muhibah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk penyakit tuberkulosis (TB) dan HIV/AIDS membuat kenyataan itu ketika menghadiri satu aktiviti sempena Hari AIDS Sedunia 2025 yang berlangsung di daerah Xicheng, Beijing baru-baru ini.

Aktiviti itu memaparkan hasil dicapai China dalam usaha memerangi penyakit AIDS sepanjang 40 tahun lalu, dan membantu orang ramai lebih peka tentang penyakit berkenaan.

Dalam aktiviti itu, Peng turut berkongsi pengalaman terlibat dalam kerja pencegahan dan kempen kesedaran HIV/AIDS selama dua dekad.

Sebelum aktiviti berkenaan, beliau meluangkan masa untuk menyertai kempem kesedaran HIV/AIDS di sebuah komuniti kediaman serta menziarahi pekerja barisan hadapan dan para sukarelawan.

Beliau dimaklumkan mengenai perkembangan kerja menyebarluaskan ilmu tentang penyakit AIDS serta khidmat nasihat kesihatan dan perkhidmatan sukarelawan.