Konvoi Kenderaan Penyiaran CMG Dijadual Tiba di Itali Akhir Disember

Konvoi kenderaan penyiaran definisi ultra tinggi 4K/8K milik Kumpulan Media China (CMG) bagi Sukan Olimpik Musim Sejuk 2026 di Milan-Cortina bertolak dari pelabuhan Taicang di timur China pada pukul 7.30 malam pada Isnin.

Kenderaan yang digelar sebagai “Merah China” itu dijadual tiba di Itali pada akhir Disember ini.

Untuk rekod, CMG merupakan satu-satunya media yang diberi mandat untuk membuat penerbitan isyarat awam antarabangsa dalam format 8K bagi Sukan Olimpik Musim Sejuk Milan-Cortina 2026.

CMG akan menghasilkan isyarat awam 8K bagi empat acara utama iaitu upacara pembukaan dan penutupan, acara luncur pecut trek pendek, dan acara luncur ais berirama.