Xi Pengerusikan Simposium, Kumpul Cadangan mengenai Kerja Ekonomi Tahun Depan

Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) bersimposium bersama tokoh-tokoh bukan anggota PKC untuk mendapatkan pandangan dan cadangan mereka mengenai situasi ekonomi tahun ini serta kerja ekonomi bagi tahun hadapan.

Simposium yang berlangsung di Beijing pada 3 Disember itu dipengerusikan oleh Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat PKC, Xi Jinping.

Xi berkata syarat sokongan dan trend perkembangan ekonomi China dalam jangka panjang kekal tidak berubah.

Menurut beliau, usaha hendaklah dipergiat untuk memperkukuh trend perkembangan ekonomi negara yang mampan bagi membuka permulaan baik untuk Rancangan Lima Tahun ke-15 (2026-2030).

Beliau menegaskan keperluan untuk mengamalkan konsep pembangunan baharu secara menyeluruh dan tepat, di samping mempercepat pembentukan paradigma pembangunan baharu dan mendorong pembangunan berkualiti tinggi.

Antara perkara lain yang turut diberikan penekanan termasuk melaksanakan dasar makro yang lebih proaktif dan berkesan, mengembangkan kuasa produktif kualiti baharu serta mendorong pembinaan pasaran domestik yang bersatu.