CMG Umum Rancangan Penyiaran Acara Sukan 2026

Kumpulan Media China (CMG) pada Selasa mengumumkan rancangan penyiaran bagi tahun 2026 membabitkan 43 kejohanan sukan berprestij serta 11 program pilihan.

Pada tahun depan, CMG akan membuat penyiaran eksklusif terhadap pelbagai temasya bertaraf dunia termasuk Sukan Olimpik Musim Sejuk, Piala Dunia, Sukan Asia, Sukan Olimpik Belia dan lain-lain.

Disokong pelbagai teknologi inovatif antaranya definisi ultra tinggi (UHD) dan kecerdasan buatan (AI), CMG menyasar menjadi penanda aras baharu dalam bidang penyiaran acara sukan di peringkat global.