Presiden Xi Jinping menyeru agar China dan Vietnam bersama-sama menggembleng tenaga ke arah modenisasi.
Beliau membuat kenyataan itu semasa bertemu Pengerusi Perhimpunan Kebangsaan (NA) Vietnam, Tran Thanh Man di Hanoi, malam Isnin.
Xi berkata kedua-dua negara perlu terus memperkukuh solidariti dan koordinasi, serta menyuntik lebih banyak unsur kestabilan dan tenaga positif kepada dunia.
Beliau menyatakan, pemimpin tertinggi parti dan negara kedua-dua pihak harus bertukar pandangan tepat pada masanya mengenai hubungan dua hala serta isu-isu penting yang menjadi perhatian bersama.
Adalah perlu untuk terus membina konsensus dan mengukuhkan rasa saling percaya sehingga mengemudi hubungan China-Vietnam bergerak secara mantap, tambah Xi.
Tinggalkan Balasan