BYD Ungguli Ranking Inovasi Automotif Global 2026

Pengeluar kenderaan elektrik gergasi China, BYD buat julung kalinya menduduki tangga teratas dalam ranking inovasi industri automotif global dengan skor 157 mata.

Laporan ‘Inovasi Automotif 2026’ yang dikeluarkan Pusat Pengurusan Automotif (CAM) Jerman pada Selasa menunjukkan BYD berjaya mengatasi juara tahun lalu iaitu pengeluar kenderaan Jerman, Volkswagen yang mengumpul 143 mata. 

Ini merupakan kali pertama pengeluar automobil China meraih tempat teratas dalam ranking berkenaan sejak projek ‘Penyelidikan Inovasi Automotif’ dilancarkan pada 2005.