8 Maut, Seorang Hilang Selepas Ribut Petir, Angin Kencang Landa Hubei, China

WUHAN (China), 7 Julai — Lapan orang maut manakala seorang lagi masih hilang selepas ribut petir dan angin kencang  melanda bahagian timur wilayah Hubei, China pada malam Isnin, menurut pihak berkuasa pengurusan kecemasan wilayah itu, lapor Xinhua.

Antara 7 malam hingga 11 malam Isnin, ribut petir dan angin kencang melanda Huangshi, Huanggang, Ezhou dan Xianning, dengan dua pekan kecil mencatatkan angin kencang tahap 13. 

Beberapa kawasan turut dilanda puting beliung, menurut ibu pejabat penyelamat tempatan pada Selasa.

Setakat 5 pagi Selasa, cuaca buruk itu menyebabkan 275 orang cedera di tiga komuniti berkenaan. 

Seramai 408 penduduk telah dipindahkan ke kawasan selamat oleh pihak berkuasa tempatan dan komuniti setempat.

Usaha menyelamat dan bantuan sedang dijalankan.