Kumpulan pertama barang bantuan kemanusiaan yang disalurkan kerajaan China kepada Venezuela tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Simón Bolívar, dekat Caracas, ibu negara Venezuela, pada Isnin waktu tempatan.
Majlis penyerahan barang bantuan tersebut dihadiri Menteri Luar Venezuela Yván Gil Pinto dan Duta Besar China ke negara itu, Lan Hu.
Barang bantuan tersebut termasuk khemah, generator dan lain-lain.
Sumbangan ini amat penting bagi membantu kelangsungan hidup mereka yang terjejas dan kehilangan tempat tinggal akibat gempa bumi tersebut.
Ia sekali gus mencerminkan hubungan perkongsian strategik dalam apa jua keadaan cuaca yang semakin erat antara kedua-dua negara.
Untuk rekod, gempa yang menggegarkan Venezuela pada 24 Jun lalu merupakan gempa bumi yang paling dahsyat pernah berlaku di negara itu dalam tempoh 100 tahun.
Gempa bermagnitud 7 berlaku sebanyak dua kali dalam tempoh satu minit.
Setakat ini, seramai 3,342 orang dilaporkan maut manakala 16,740 lagi cedera.













Tinggalkan Balasan