Forum Budaya Beijing 2026 Dirasmikan, Fokuskan Perlindungan Warisan Budaya dan Saling Pembelajaran Antara Tamadun

Forum Budaya Beijing 2026 dirasmikan di ibu kota China pada Selasa, menghimpunan lebih 600 tetamu dari 44 negara dan wilayah untuk membincangkan perlindungan warisan budaya dan saling pembelajaran antara tamadun.

Ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) yang juga Ketua Jabatan Publisiti Jawatankuasa Pusat PKC Li Shulei menghadiri majlis pembukaan forum dan menyampaikan ucapan.

Para peserta dari dalam dan luar negara berpendapat bahawa Inisiatif Peradaban Global (GCI) digagaskan Presiden China Xi Jinping demi mempromosikan kerjasama warisan budaya di peringkat antarabangsa, mendorong pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan, sekalig gus memainkan peranan signifikan dalam perlindungan warisan budaya di China dan dunia.

Menurut mereka, semua pihak perlu bersama‑sama menambah baik tadbir urus global dalam perlindungan warisan budaya, memperluas kerjasama di bawah rangka mekanisme pelbagai hala, dan menggalakkan perlindungan warisan budaya negara‑negara Selatan Global, selain menyumbang lebih banyak pelan China untuk melindungi warisan budaya manusia.