Angka Kematian Akibat Ebola Di Congo Cecah Lebih 300

MOSCOW, 26 Jun — Angka kematian akibat Ebola di Republik Demokratik Congo (DRC) telah melebihi 300, dengan 1,155 kes disahkan, lapor Sputnik/RIA Novosti, memetik Kementerian Komunikasi dan Media DRC.

“Wabak ini kekal aktif di wilayah Ituri, Kivu Utara, dan Kivu Selatan…dengan 1,155 kes disahkan dan 304 kematian,” menurut kementerian itu dalam satu kenyataan pada Khamis.

Kadar kematian kes telah meningkat sebanyak satu mata peratusan berbanding buletin sebelumnya, mencecah 26.3 peratus.

Pada Mei, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengklasifikasikan wabak Ebola di DRC dan Uganda sebagai kecemasan yang menimbulkan risiko kepada negara lain. Organisasi itu menilai risiko serantau penyebaran selanjutnya sebagai tinggi.