Artikel Xi Mengenai Galakan Membaca dalam Kalangan Rakyat Diterbitkan Dalam Jurnal Qiushi

Artikel Presiden China, Xi Jinping bertajuk “Menggalakkan Amalan Membaca, Melahirkan Masyarakat Berilmu” diterbitkan dalam Jurnal Qiushi edisi ke-8 pada Khamis.

Artikel tersebut merupakan himpunan petikan ucapan dan pandangan Xi sepanjang tempoh Mac 2013 hingga Mac 2025 mengenai kepentingan budaya membaca dalam pembangunan masyarakat.

Artikel berkenaan menyatakan bahawa usaha perlu dipergiat untuk membina masyrakat berpengetahuan, pembelajaran sepanjang hayat yang melibatkan seluruh lapisan masyarakat dengan menggalakkan penyertaan aktif dalam aktiviti membaca.