China, AS Ikrar Tingkatkan Komunikasi Ekonomi dan Perdagangan, Ambil Kira Keprihatinan Masing-Masing

Mesyuarat pertama Majlis Perdagangan di bawah Mekanisme Rundingan Ekonomi dan Perdagangan China-Amerika Syarikat (AS) diadakan melalui pautan video pada Jumaat.

Berpandukan konsensus tercapai dalam pertemuan pemimpin China-AS, kedua-dua pihak mengadakan perbincangan secara ikhlas, mendalam, dan konstruktif berkisar pada pelaksanaan hasil peringkat awal rundingan perdagangan dan ekonomi China-AS, isu tarif, gerak kerja tentang penurunan tarif timbal balik sebanyak USD30 bilion (RM122.62 bilion ) bagi setiap pihak, serta perdagangan barangan pertanian dan isu-isu lain yang menjadi keprihatinan masing-masing.

China dan AS bersepakat akan terus meningkatkan komunikasi melalui majlis perdagangan bagi menggerakkan isu-isu ekonomi dan perdagangan yang diberi perhatian masing-masing ditangani secara efisien.

Sementara itu, kedua-dua pihak juga komited menambah senarai projek kerjasama, memendekkan senarai masalah secara berterusan, sekali gus memacu pembinaan hubungan strategik stabil antara China dan AS berlandaskan rasa saling menghormati, keadilan dan kesamarataan.