China Gesa Semua Pihak Elak Ketegangan Baharu di Asia Barat

China menggesa semua pihak mengelakkan kenyataan berbaur ancaman dan tindakan ketenteraan yang boleh memburukkan lagi keadaan di Asia Barat.

Demikian tegas Wakil Tetap China ke PBB, Fu Cong ketika berucap pada mesyuarat tergempar terbuka Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) mengenai situasi di rantau itu pada Khamis.

Beliau berkata, peningkatan semula ketegangan ketenteraan antara Amerika Syarikat (AS) dengan Iran baru-baru ini telah menjejaskan sasaran di Bahrain dan Kuwait.

China secara konsisten berpegang kepada prinsip bahawa semua pihak harus mematuhi tujuan dan prinsip Piagam PBB, serta menentang sebarang penggunaan atau ancaman kekerasan dalam hubungan antarabangsa.

Katanya, China menyeru semua pihak untuk bertenang dan menahan diri, mengelakkan retorik ancaman dan tindakan ketenteraan melulu, serta tidak mencetuskan peningkatan ketegangan.

China menegaskan bahawa kedaulatan, keselamatan dan keutuhan wilayah pelbagai negara di Asia Barat harus dihormati, manakala orang awam serta kemudahan awam perlu dilindungi.

Pada masa sama, China telah mengemukakan tiga usul iaitu yang pertama, mengekalkan gencatan senjata yang menyeluruh, kedua memulihkan pelayaran normal di Selat Hormuz secepat mungkin dan ketiga, memperbaiki hubungan antara negara-negara serantau.