China Gesa Semua Pihak Tingkat Usaha Penyelesaian Politik Krisis Ukraine

Penyelesaian politik terhadap krisis Ukraine masih memerlukan usaha berterusan daripada semua pihak memandangkan konflik itu melibatkan pelbagai isu yang kompleks.

Demikian menurut Naib Wakil Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Sun Lei ketika berucap dalam mesyuarat Majlis Keselamatan PBB berhubung isu Ukraine pada Isnin.

Sun Lei berkata, beliau berharap pihak yang terlibat dalam mengekalkan tahap kawalan diri yang maksimum dan mengelakkan tindakan yang boleh memburukkan keadaan atau meningkatkan konflik.

Selain itu, beliau turut menyeru agar rundingan damai dapat disambung semula secepat mungkin.

Beliau juga berharap, negara-negara serantau dan masyarakat antarabangsa lebih lantang dalam menyokong gencatan senjata serta penyelesaian melalui dialog, disamping memperhebat usaha diplomatik bagi membina kepercayaan dan memudahkan proses pengantaraan.

Sun juga mahu pihak berkaitan mematuhi prinsip Piagam PBB, berusaha menyelesaikan krisis dan membina rangka keselamatan serantau yang seimbang, berkesan dan mampan.