China Komited Perkukuh Kesatuan dan Kerjasama G20

Mesyuarat Menteri Perdagangan Kumpulan 20 (G20) telah diadakan di Milwaukee, Wisconsin, Amerika Syarikat (AS) pada 30 September hingga 1 Oktober.

Mesyuarat berkenaan mengeluarkan kenyataan bersama menzahirkan bantahan ke atas tindakan menggunakan makanan sebagai senjata, namun tidak mencapai dokumen hasil mengenai tiga agenda utama lain yang ditetapkan negara pengerusi AS, iaitu kapasiti berlebihan, menghapuskan kerja paksa, dan menyelaraskan prinsip layanan Negara Paling Diutamakan (MFN).

Jurucakap Kementerian Perdagangan China berkata demikian dalam sidang akhbar yang diadakan di Beijing pada hari Ahad.

Semasa mesyuarat tersebut berlangsung, menurut beliau, China mengekalkan sikap terbuka dan kerjasama, secara aktif menyertai semua agenda perbincangan, di samping mengekalkan komunikasi rapat dengan anggota-anggota lain, dan memainkan peranan membina dalam mempromosikan rundingan dan kerjasama.

Pada masa sama, China berpegang teguh pada prinsipnya, secara tegas membela kepentingan diri dan kepentingan bersama negara membangun, serta berusaha memperkukuh kesatuan dan kerjasama G20, kata jurucakap itu.