China Laksana Dasar Subsidi Ikut Peraturan WTO

China melaksanakan dasar subsidi perindustrian bersandarkan prinsip terbuka, adil dan mengikut peraturan.

Perkara itu ditegaskan jurucakap Kementerian Luar (MFA) Mao Ning dalam sidang media pada Rabu ketika diminta mengulas mengenai laporan Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) berkaitan subsidi perindustrian.

Mao berkata daya saing syarikat China dibina melalui persaingan pasaran, inovasi teknologi, penglibatan global serta kelebihan pasaran domestik berskala mega, bukan terhasil daripada subsidi kerajaan semata-mata.

Beliau turut menegaskan bahawa China mematuhi sepenuhnya peraturan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) dalam pelaksanaan dasar berkenaan.