“Dialog Datuk Bandar Dunia 2026” di Beijing 

Acara “Dialog Datuk Bandar Dunia 2026 · Beijing” anjuran Pejabat Penerangan Dewan Negara China telah diadakan di Beijing pada 2 hingga 3 Jun, dengan kehadiran lebih 30 datuk bandar dan wakil bandar dari enam negara Afrika seperti Maghribi, Seychelles, Tunisia, Senegal serta wakil dari Persatuan Bandar Pelancongan Dunia. 

Para tetamu yang hadir bertukar pendapat dan berinteraksi secara mendalam mengenai “mengukuhkan pertukaran tamadun dan memperkukuh persahabatan tradisional China-Afrika”, serta meneroka jalan pembangunan pertukaran budaya dan kerjasama bandar antara satu sama lain. 

Sejumlah wakil bandar Afrika menantikan untuk memperkukuh kerjasama dengan China dalam bidang kebudayaan dan pelancongan, sempena ulang tahun ke-70 penjalinan hubungan diplomatik dan “Tahun Pertukaran Budaya China-Afrika”. 

Timbalan Datuk Bandar Ziguinchor Senegal, Hadj Sarr Faye berkata bahawa dengan pembangunan bertahun, China-Afrika telah mengkembangkan bidang kerjasama daripada bantuan tradisional dan projek infrastruktur kepada bidang penyelidikan saintifik, pendidikan dan pertukaran budaya, dan akan terus memperdalam kerjasama prakmatik demi kesejahteraan rakyat. 

Setiausaha Agung Kerajaan Bandar Tozeur Tunisia, Rachid Nacer berkata bahawa pihaknya sangat menghargai kerjasama dengan China dan memandang China sebagai rakan kerjasama yang penting. 

Tambah beliau, mereka ingin memperbaiki sumber pelancongan untuk menarik lebih ramai pengembara dari China, sekaligus menantikan kerjasama mendalam dengan Beijing bagi menangani penggurunan.

Dimaklumkan, semasa acara terbabit diadakan, para tetamu menikmati seni teh tradisional dan kaligrafi China di Silk Street, Beijing, dan memahami secara mendalam aplikasi budaya dan teknologi seperti panduan pintar dan pengalaman imersif cahaya di Pusat Inovasi Antarabangsa Zhongguancun, untuk meneliti pemerkasaan teknologi bagi pembangunan berkualiti tinggi dalam sektor kebudayaan dan pelancongan.