China Mula Mengangkut Barangan Bantuan Kemanusiaan ke Colombia untuk Kegunaan Kecemasan

China mula mengangkut barangan bantuan kemanusiaan ke Colombia untuk kegunaan kecemasan, dengan satu pesawat muatan penuh sumbangan kerajaan China telah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Ibu Kota Beijing sebelum subuh Selasa.

Barangan yang dihantar kali ini termasuk penjana elektrik, kenderaan penulen air, mesin disinfeksi, peralatan pencahayaan solar, khemah dan selimut. 

Dimaklumkan bahawa pesawat sewa khas itu akan terbang terus ke Bogota, ibu kota Colombia, dan dijangka tiba pada tengah hari 18hb waktu tempatan.

Gempa bumi kuat yang menggegar Colombia pada 10 Ogos, telah mengakibatkan kematian dan kecederaan dalam bilangan besar serta kerugian harta benda yang serius. 

Perkembangan operasi mencari dan menyelamat (SAR) sudah dalam perhatian kerajaan China, yang sudah pun terus memutuskan untuk memberikan bantuan kiriman wang tunai serta barangan bantuan kemanusiaan, bagi menyokong usaha SAR dan pembinaan semula pasca bencana di Colombia.