China mengingatkan pihak terbabit supaya tidak hilang keyakinan terhadap proses multilateral meskipun Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke-31 (COP31) yang berakhir pada Ahad gagal mencapai sebarang persetujuan.
Perkara itu dinyatakan jurucakap Kementerian Luar (MFA) Guo Jiakun dalam sidang media di Beijing pada Isnin.
Guo berkata usaha menangani perubahan iklim merupakan tanggungjawab masyarakat di seluruh dunia, selain menyifatkan trend global ke arah peralihan hijau dan rendah karbon sebagai sesuatu yang perlu dilalui.
Beliau menyeru semua pihak supaya menjunjung multilateralisme, memegang prinsip ‘tanggungjawab bersama tetapi berbeza’ serta terus memaparkan kesungguhan politik untuk memperkukuh solidariti dan kerjasama dalam menangani perubahan iklim.
Selain itu, Guo turut menegaskan perlunya untuk membina konsensus ke arah merealisasikan Perjanjian Paris.










Tinggalkan Balasan