China memegang jawatan pengerusi bergilir Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) bagi bulan Mei bermula Jumaat.
Wakil tetap China ke PBB, Fu Cong dalam sidang media pada hari yang sama memperkenalkan tiga tumpuan UNSC pada bulan ini, iaitu memartabatkan semula Piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan peranan PBB, mendorong penyelesaian isu Asia Barat secara politik, dan menyokong negara-negara Afrika melaksanakan pembangunan dalam suasana yang stabil.
Menurut Fu, UNSC akan mengadakan mesyuarat peringkat tinggi yang bertemakan “memelihara manifesto dan prinsip Piagam PBB, memperkukuh sistem antarabangsa yang berteraskan PBB” pada bulan ini.
Selain itu, UNSC juga akan mengadakan perbincangan rutin mengenai isu Palestin-Israel, Lubnan dan Syria.
Fu menyatakan bahawa China mendorong UNSC untuk terus memberikan perhatian kepada Afrika dan menyokong penyelesaian pelbagai masalah di Afrika mengikut acuan tempatan, di samping menyeru masyarakat antarabangsa mempertingkat bantuan kemanusiaan dan peruntukan kewangan terhadap pembangunan di negara-negara Afrika.












Tinggalkan Balasan