Dialog Global “Tadbir Urus China dan Pembangunan Dunia” Diadakan di Kemboja

Dialog Global “Tadbir Urus China dan Pembangunan Dunia” telah diadakan di sini Khamis.

Presiden Kumpulan Media China (CMG), Shen Haixiong berkata, pihaknya sebagai penganjur utama aktiviti itu akan terus mengeratkan pertukaran dengan luar dengan menjadikan sektor budaya sebagai jambatan,  dan bertindak membantu rakyat pelbagai negara saling mengenali hati budi melalui penganjuran lebih banyak aktiviti media yang produktif dan relevan terutama yang berkaitan perfilemen dan television. 

“Kami menunjukkan komitmen untuk membantu lebih banyak negara mendapat manfaat dari penyelesaian dan kebijaksanaan China, yang boleh berperanan sebagai penggerak kondusif bagi perjuangan umat manusia demi perdamaian dan pembangunan,” ujar Shen.

Sementara itu, Duta Besar China ke Kemboja Wang Wenbin pula menyatakan bahawa China akan terus menyokong Kemboja dalam menempuh jalan pembangunan mengikut acuan tersendiri, dan bersedia untuk terus meningkatkan pertukaran pengalaman dengan negara itu dalam bidang tadbir urus Parti dan negara, bagi mendorong pembinaan Komuniti Berkongsi Nasib China-Kemboja Sepanjang Masa terus mencapai hasil baharu yang membanggakan pada era baharu, serta menjadi teladan dalam membina komuniti berkongsi nasib sesama insan.

Ketua Kabinet Kemboja, Menteri Kanan Sok Siphana menyatakan bahawa pada masa ini, di sebalik ketegangan geopolitik yang terus meruncing, pengalaman China dalam menangani cabaran secara strategik wajar dijadikan rujukan.