Pada 2 hingga 4 September waktu tempatan, Naib Perdana Menteri China, Ding Xuexiang telah bertemu dengan Presiden Rusia Vladimir Putin di Vladivostok.
Ding yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa Tetap Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, bersama Timbalan Perdana Menteri Pertama Rusia, Denis Manturov mempengerusikan Mesyuarat Ke-13 Jawatankuasa Pelaburan China-Rusia, dan bersama Timbalan Perdana Menteri Rusia, Alexander Novak mempengerusikan Mesyuarat Ke-23 Jawatankuasa Tenaga China-Rusia.
Sementara itu, beliau turut menghadiri Majlis Perasmian Forum Perniagaan Tenaga China-Rusia Ke-8.
Semasa bertemu dengan Putin, Ding menyampaikan salam mesra daripada Presiden Xi Jinping.
Menurut Ding, pihak China bersedia untuk bekerjasama dengan Rusia bagi melaksanakan persefahaman yang dicapai oleh pemimpin kedua-dua negara, bertindak pantas menebus persamaan berkaitan kepentingan bersama, dan terus meningkatkan asas bagi pembangunan berkualiti tinggi hubungan China-Rusia.













Tinggalkan Balasan