Eropah Perlu Lihat Hubungan Dagangan dengan China secara Objektif, Rasional – MFA

Eropah perlu melihat hubungan perdagangan dengan China secara objektif dan rasional, kata jurucakap Kementerian Luar (MFA) Mao Ning.

Beliau menyatakan Eropah harus bersama-sama China untuk memendekkan senarai masalah dan memperluas ruang kerjasama demi situasi menang-menang.

Dalam sesi pleno Suruhanjaya Eropah baru-baru ini, timbul suara yang mengatakan bahawa Kesatuan Eropah (EU) perlu ‘nyahrisiko’ dalam hubungan perdagangan dan pelaburan dengan China.

Sehubungan itu, Mao berkata semakin banyak syarikat Eropah datang melabur dan mengembangkan urus niaga di China.

Kerjasama ekonomi dan perdagangan antara kedua-dua pihak adalah berasaskan kepentingan bersama, ujar beliau.