Rundingan China-Vietnam: Penentuan Garis Sempadan Maritim dan Pembangunan Bersama di LCS

Wakil Kementerian Luar China bagi Hal Ehwal Sempadan dan Maritim, Hu Wei dan Pengarah Jawatankuasa Sempadan Negara Kementerian Luar Vietnam, Nguyen Dang Thang bersama-sama mempengerusikan pusingan ke-18 Rundingan Kumpulan Kerja Perairan di Luar Teluk Beibu China-Vietnam dan pusingan ke-15 Rundingan Kumpulan Kerja Pembangunan Bersama Laut China Selatan (LCS) di sini pada Rabu. 

Kedua-dua pihak telah bertukar-tukar pandangan secara mendalam mengenai penentuan garis sempadan maritim di luar Teluk Beibu dan pembangunan bersama di LCS,  dan turut bersetuju mempercepatkan langkah dalam usaha tersebut bagi mencapai kemajuan yang ketara dengan secepat mungkin. Ini bertepatan dengan konsensus yang dicapai oleh pemimpin kedua-dua negara.

Selain itu, kedua-dua pihak China dan Vietnam juga mengadakan komunikasi mengenai isu maritim lain, dan mencapai kata sepakat bahawa perlu berhemah ketika menangani perselisihan pendapat melibatkan urusan maritim dan memajukan kerjasama maritim demi keamanan dan kestabilan di LCS.