Forum CEO APEC Berlangsung di Beijing

Forum Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) 2026 berlangsung di Beijing pada Ahad.

Peserta forum mengadakan perbincangan secara mendalam berkisar beberapa topik utama antaranya integrasi ekonomi serantau, kesalinghubungan, kecerdasan buatan (AI) dan lain-lain.

Rata-rata mereka sepakat bahawa semua pihak perlu teguh mempertahankan sistem perdagangan multilateral yang berteraskan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), menentang amalan unilateral dan proteksionisme, serta menggalakkan liberalisasi perdagangan dan pelaburan.