Jho Low Mohon Pengampunan Daripada Trump, Lapor WSJ

KUALA LUMPUR, 13 Mei — Ahli perniagaan Malaysia yang diburu, Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low memohon pengampunan daripada Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, lapor Wall Street Journal (WSJ) pada Selasa.

Reuters tidak dapat mengesahkan laporan itu dengan segera.

Permohonan berkenaan difailkan dalam beberapa minggu kebelakangan ini, menurut WSJ memetik sumber yang mengetahui perkara itu, dan jika diluluskan, ia akan menggugurkan pertuduhan jenayah AS terhadapnya.

Laporan itu menyebut laman sesawang Jabatan Kehakiman menyenaraikan permohonan belum selesai bagi “Pardon after Completion of Sentence” atas nama Taek Jho Low yang difailkan tahun ini.

Seorang pegawai Rumah Putih berkata permohonan Low ketika ini tidak berada dalam perhatian Rumah Putih, menurut WSJ.