China Sokong Usaha Pengantaraan Pakistan Wujudkan Rundingan dalam Perang AS-Iran

China menghargai usaha pengantaraan Pakistan dalam perang Amerika Syarikat (AS)-Israel dengan Iran, yang bertujuan untuk mewujudkan perundingan antara kedua-dua pihak serta memanjangkan tempoh gencatan senjata sementara, berharap agar Pakistan memperkukuh keyakinan dan meningkatkan usaha yang diperlukan yang dipercayai boleh menyumbang kepada penyelesaian isu pembukaan semula Selat Hormuz dan pemulihan keamanan serantau dengan secepat mungkin. Ini selaras dengan harapan umum masyarakat antarabangsa. 

Demikian dinyatakan Menteri Luar China, Wang Yi ketika menghubungi rakan sejawatnya dari Pakistan, Muhammad Ishaq Dar menerusi telefon di sini pada Selasa. 

“Beberapa hari lagi, China dan Pakistan akan menyambut ulang tahun ke-75 hubungan diplomatik, dan kedua-dua pihak harus bersama-sama mengadakan aktiviti peringatan dengan baik, dan memajukan Perkongsian Strategik Sepanjang Masa China-Pakistan ke tahap baharu,” kata Wang. 

Beliau menambah, menghadapi dunia yang penuh dengan kekacauan dan pergolakan, Beijing dan Islamabad harus menyuarakan keadilan di platform pelbagai hala seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dan bersama-sama mempertahankan amalan multilateralisme. 

Sementera itu, Muhammad Ishaq Dar berkongsi perkembangan terkini mengenai usaha mediasi untuk mewujudkan perbincangan antara Iran dengan AS, dan menyatakan bahawa Pakistan menghargai sokongan China terhadap usaha pihaknya untuk mendorong dialog, dan menantikan koordinasi dan kerjasama dengan China untuk memainkan peranan yang positif dalam mengekalkan keamanan dan kestabilan serantau. 

“Pakistan bersedia menjadikan ulang tahun ke-75 sebagai satu peluang untuk memperdalam kerjasama menyeluruh dengan China, meningkatkan penyelarasan pelbagai hala, dan mendorong Perkongsian Strategik Sepanjang Masa Pakistan- China ke tahap yang baharu,” kata Muhammad Ishaq Dar.