Majlis pelancaran Jilid Kelima buku “Xi Jinping – The Governance of China” diadakan di Ankara, ibu negara Turkiye pada Rabu.
Para tetamu yang hadir menyifatkan buku tersebut berjaya menggambarkan secara menyeluruh dan sistematik perkembangan terkini pemikiran Xi Jinping mengenai sosialisme bercirikan China bagi era baharu.
Buku itu juga dengan jelas menghuraikan konsep dan pendekatan China dalam usaha membina komuniti berkongsi nasib sesama insan.
Timbalan Speaker Parlimen Turki, Cemal Adan dalam ucapannya menyatakan bahawa beliau berharap pelancaran buku tersebut menjadi pemangkin kepada hubungan lebih erat antara parlimen kedua-dua negara serta memperluaskan kerjasama dalam pelbagai bidang yang substantif.
Beliau turut menyatakan hasrat negara itu untuk memperkukuh penyelarasan projek Koridor Tengah dengan Inisiatif Jalur and Laluan (BRI), serta mendorong hasil baharu dalam perdagangan, pelaburan, sosiobudaya dan pelancongan.
Dalam acara itu, pihak China turut menghadiahkan versi bahasa Inggeris jilid kelima dan versi bahasa Turkiye jilid kedua “Xi Jinping – The Governance of China” kepada para tetamu.













Tinggalkan Balasan