Kapal hospital Tentera Laut China “Silk Road Ark” kembali ke pelabuhan tentera di Sanya, provinsi Hainan pada pagi Ahad selepas selesai menjalankan “Misi Harmoni 2025”.
Ini merupakan misi ke-11 Tentera Laut China, sejak tahun 2010 dalam siri operasi “Misi Harmoni”, dan yang pertama bagi kapal hospital tersebut menjalankan penugasan di luar negara sejak ditauliahkan.
Kapal tersebut memulakan pelayaran pada 5 September 2025 dan mengambil masa selama 234 hari bagi menyelesaikan misi, dengan jarak pelayaran keseluruhan kira-kira 36,000 batu nautika.
Sepanjang misi tersebut, kira-kira 26,000 pesakit di negara-negara yang dikunjungi, telah dirawat atau menjalani perubatan termasuk pelbagai pembedahan kompleks serta bantuan kecemasan di lokasi seperti Fiji dan Jamaica.













Tinggalkan Balasan