Bloomberg New Energy Finance (BloombergNEF) mengeluarkan laporan mengenai prospek pasaran tenaga baharu untuk jangka masa panjang 2026, baru-baru ini.
Laporan itu meramalkan bahawa jumlah pelepasan karbon dioksida di China akan menurun sebanyak 17 peratus berbanding tahap kemuncaknya menjelang tahun 2030. Ini menandakan kemajuan pengurangan pelepasan di China adalah lebih pantas berbanding komitmen yang diumumkan negara itu.
Pada 22 Sept 2020, Presiden China Xi Jinping ketika berucap pada sesi perbahasan umum Perhimpunan Agung ke-75 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah mengumumkan sasaran China untuk mencapai kemuncak pelepasan karbon dioksida menjelang tahun 2030, dan keneutralan karbon menjelang tahun 2060.
Dalam laporan BloombergNEF itu juga dinyatakan, keutamaan terhadap keselamatan dan keperluan untuk menghadapi perubahan iklim sudah menjadi pemacu utama kepada transformasi tenaga di peringkat dunia.
Dalam masa sepuluh tahun akan datang, pasaran yang mempunyai perancangan rapi dalam sektor tenaga boleh diperbaharui (TBB) seperti China, Eropah, dan Australia akan memberi sumbangan besar dalam pengurangan pelepasan.
Menurut ramalam laporan tersebut, menjelang tahun 2035, entiti-entiti ekonomi tersebut akan menyelesaikan 86 peratus pengurangan pelepasan bagi sektor tenaga di seluruh dunia.













Tinggalkan Balasan