Kru Shenzhou-21 Selamat Kembali ke Bumi

Kru Shenzhou-21 China selamat kembali ke Bumi dengan menaiki kapal angkasa bermanusia Shenzhou-22 pada malam Jumaat.

Kapsul kembali Shenzhou-22 mendarat di Tapak Pendaratan Dongfeng di wilayah Mongolia Dalam, utara China pada pukul 8.11 malam,  menurut Agensi Angkasa Lepas Bermanusia China (CMSA).

Kini, ketiga-tiga angkasawan, iaitu Zhang Lu, Wu Fei dan Zhang Hongzhang semuanya dalam keadaan sihat.

Menurut laporan terkini, tiga angkasawan itu telah tiba di Beijing dengan menaiki kapal terbang pada Sabtu. 

Selepas ini, mereka akan memasuki tempoh kuarantin dan pemulihan, menerima ujian perubatan dan penilaian kesihatan serta berehat sebelum bertemu dengan media di Beijing. 

Untuk rekod, kru Shenzhou-21 telah menjalankan misi di orbit selama 210 hari, sekali gus mencipta rekod masa perkhidmatan paling lama di orbit untuk misi tunggal.