Perdana Menteri Kanada Mark Carney menerima kunjungan Menteri Luar China Wang Yi di Ottawa pada Jumaat.
Wang Yi menyatakan bahawa berikutan lawatan Perdana Menteri Carney ke China pada awal tahun ini, hubungan China-Kanada telah kembali ke landasan betul.
Menurut Wang, keputusan pemimpin kedua-dua negara untuk membina hubungan perkongsian strategik model baharu telah memberikan panduan strategik untuk perkembangan hubungan dua hala pada masa akan datang.
Beliau menekankan bahawa China bersedia bersama pihak Kanada untuk saling menghormati, berjalan sehaluan, mencari persamaan sambil mempunyai perbezaan pendapat, meningkatkan komunikasi, mempergiat kerjasama, agar mendorong hubungan kedua-dua negara mencapai pembangunan yang sihat, stabil dan mampan.
Carney pula menyatakan bahawa pihak Kanada bersedia bersama China untuk memperkasakan pertukaran lawatan peringkat tinggi, mempergiat kerjasama dalam bidang tenaga, kewangan, pertanian dan perikanan, selain terus memperkukuh asas hubungan dua negara.
Beliau juga menekankan bahawa pihaknya menyokong China sebagai tuan rumah sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC), dan bersedia bersama China untuk mempromosikan serta mengamalkan multilateralisme, bagi menyumbang kepada pembangunan ekonomi global dan keamanan serta kestabilan dunia.













Tinggalkan Balasan