Masyarakat antarabangsa diseru memperkuat tadbir urus sumber semula jadi dan mengekalkan kestabilan rantaian bekalan sumber global.
Demikian dinyatakan Pemangku Duta Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Sun Lei pada sesi debat terbuka Majlis Keselamatan PBB mengenai “Tadbir Urus Sumber Semula Jadi – Asas Keamanan, Keselamatan dan Kemakmuran” pada Rabu.
Sun menegaskan, sumber semula jadi adalah harta berharga yang diberikan bumi kepada umat manusia, dan juga merupakan asas material bagi kehidupan manusia serta pembangunan sosioekonomi yang berterusan.
Bagaimanapun, konflik yang berlaku di kawasan tertentu menunjukkan bahawa kekayaan sumber tidak semestinya membawa kepada kemakmuran, dan tadbir urus yang lemah boleh memburukkan lagi keadaan.
Justeru beliau menyeru masyarakat antarabangsa supaya bersatu padu dan bekerjasama, memperkuat pengurusan sumber semula jadi, mengekalkan kestabilan rantaian bekalan sumber global, serta menyokong keamanan dan pembangunan antarabangsa.













Tinggalkan Balasan