Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) 2026 akan diadakan di bandar Shenzhen, selatan China pada November tahun ini.
Mengapa Shenzhen menjadi tuan rumah sidang kemuncak itu?
Seramai 16 wartawan dari anggota APEC diundang berkunjung ke Shenzhen untuk mencari jawapannya.
Keterbukaan Tanpa Halangan
Di Lembah Robotik Shenzhen, lebih 200 syarikat telah membuka pejabat di sini.
Dari pengeluaran komponen dan peralatan hinggalah algoritma dan aplikasi, Lembah Robotik Shenzhen mempunyai keseluruhan rantaian perindustrian yang lengkap.
Wartawan dari Filipina, Barro Dexter II berkata: “Model sumber terbuka robot di sini seperti dasar perdagangan China yang terbuka, mudah dan membawa manfaat kepada setiap pemain.”
Inovasi yang Paling Cekap
Huaqiangbei yang berkeluasan 1.45 kilometer persegi ialah pusat pengedaran komponen elektronik yang terbesar di Asia. Jumlah perniagaan di sini mencecah lebih RMB400 bilion setahun, manakala 7,000 pembeli antarabangsa menjalankan urus niaga di sini secara purata setiap hari.
Rantaian perindustrian yang paling lengkap dan tindak balas yang paling pantas membolehkan benih inovasi berkembang pesat menjadi hutan.
Wartawan dari Thailand Disthan Kornkit berkata: “Memasang dan mengeluarkan komponen memerlukan masa beberapa bulan di negara saya, tapi proses ini dapat diselesaikan dalam masa beberapa jam di Shenzhen.”
Menjalankan Kerjasama dengan Hati Terbuka
Shenzhen mempunyai salah satu kluster industri maklumat elektronik yang paling lengkap di dunia. Dengan adanya ekologi inovasi yang maju dan kelompok perusahaan inovatif yang berkepadatan tinggi, bandar ini dapat memberikan sokongan kukuh kepada penyelidikan dan pembangunan (R&D), ujian dan perkembangan perindustrian.
Wartawan dari Malaysia Khoo Gek San berkata: “Shenzhen mempunyai platform baik untuk penyelidikan sains dan teknologi, di mana orang muda dari seluruh dunia dapat saling belajar dan berkongsi pengalaman.”
Pada 1 Januari 2026, Pelan Meningkatkan Penarikan dan Penggunaan Modal Asing di Shenzhen dikuatkuasakan secara rasmi, melibatkan sebanyak 22 langkah untuk mempromosikan keterbukaan dalam sektor-sektor utama, menambah baik iklim perniagaan, selain meningkatkan kemudahan pelaburan.
Pada suku pertama 2026, penggunaan modal asing dari anggota APEC di Shenzhen mencecah lebih RMB16 bilion, angka ini mewakili 94.5 peratus daripada jumlah keseluruhan modal asing di bandar berkenaan.
Menyambut Asia-Pasifik dengan hati terbuka, menghubungkan dunia dengan inovasi, dan maju ke depan melalui kerjasama sama menang, inilah Shenzhen, inilah “jawapan China”.













Tinggalkan Balasan