Pengalaman China dalam Pembangunan AI Patut Dipelajari: Ketua Pengarah UNESCO

Negara-negara di dunia patut mempelajari pengalaman China dalam membangunkan sektor pendidikan digital dan pengaplikasian kecerdasan buatan (AI).

Ketua Pengarah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) Khaled El-Enany berkata demikian ketika diwawancara oleh Kumpulan Media China (CMG) baru-baru ini.

Beliau menyatakan bahawa platform pendidikan pintar China telah membantu berbilion remaja di seluruh dunia mendapatkan peluang pendidikan, terutamanya kanak-kanak yang berada di kawasan yang mengalami konflik atau bencana alam serta mereka yang kehilangan tempat tinggal.

Beliau menegaskan bahawa kerjasama UNESCO dengan negara-negara besar seperti China dalam bidang AI serta sains dan teknologi akan memberikan manfaat besar kepada seluruh umat manusia.