China bersedia mempergiat pertukaran peringkat tinggi, meningkatkan kesalingpercayaan politik dan memperdalam kerjasama strategik dengan Myanmar bagi mendorong pembinaan komuniti berkongsi nasib antara kedua-dua negara melakar lebih banyak hasil substantif.
Perkara itu dinyatakan Menteri Luar China Wang Yi semasa mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Myanmar, Tin Maung Swe di Beijing pada Jumaat.
Dalam pertemuan itu, Wang turut menyuarakan komitmen China untuk memperkasa kerjasama Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) secara berkualiti tinggi dengan Myanmar, di samping mempergiat kerjasama melibatkan sosioekonomi, perdagangan, pelaburan dan sebagainya.
Beliau berkata China juga sedia bersinergi dengan Myanmar bagi menggerakkan projek Koridor Ekonomi China-Myanmar, membanteras jenayah rentas sempadan termasuk perjudian dalam talian dan penipuan telekomunikasi, dan bersama-sama memelihara keamanan di kawasan sempadan.
Sementara itu, Tin Maung Swe berkata modenisasi ala China telah membawa peluang kerjasama baharu kepada negara serantau termasuk Myanmar.
Ujarnya, kerajaan baharu Myanmar juga bersedia mempergiat pertukaran peringkat tinggi dengan China serta mendorong pembinaan Koridor Ekonomi Myanmar-China.
Beliau turut menzahirkan hasrat pihaknya untuk memperkukuh komunikasi dan kolaborasi dengan China dalam platform multilateral termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), ASEAN dan Kerjasama Lancang-Mekong.













Tinggalkan Balasan