Mesyuarat Peringkat Menteri Keselamatan Makanan APEC Ke-11 Produktif

Isu inovasi teknologi pertanian merupakan tumpuan dalam Mesyuarat Peringkat Menteri Keselamatan Makanan APEC Ke-11 yang diadakan di sini Selasa . 

Mesyuarat yang produktif ini dilihat telah membantu mengukuhkan sokongan kepada kerjasama serantau dari segi institusi.

“Kenyataan Bersama Mesyuarat Peringkat Menteri Keselamatan Makanan APEC Ke-11” telah diluluskan dalam mesyuarat ini, menunjukkan bahawa rantau Asia-Pasifik sebagai jelapang bijirin di peringkat global dan juga kawasan penggunaan utama telah memberi sumbangan penting dalam bidang keterjaminan makanan dalam senario global dan menunjukkan daya tahan ketika menghadapi cabaran-cabaran tidak lama dahulu.

Di sebalik pelbagai guncangan dan tekanan seperti turun naik ekonomi, gangguan rantaian bekalan, kekangan sumber, cuaca ekstrem dan bencana alam, meningkatkan daya tahan sistem makanan telah menjadi keutamaan teras di rantau ini.

Pengarah Eksekutif Sekretariat APEC, Edwardo Pedroza menyatakan bahawa inovasi teknologi yang dibincangkan bukan sekadar untuk menunjuk-nunjuk saja, terasnya adalah untuk memastikan kaum tani benar-benar mendapat manfaat. Sebagai contoh, dalam konteks perubahan iklim yang telah menjadi kebiasaan, bagaimana mencapai penghasilan yang stabil dan meningkat, sambil mengurangkan kerosakan ekologi, dan sebagainya, semuanya merupakan teras hala tuju bagi ekonomi-ekonomi Asia-Pasifik untuk saling membelajari dan bekerjasama secara sinergi.

Untuk rekod, mesyuarat ini merupakan salah satu mesyuarat peringkat menteri pelbagai hala yang berprofil paling tinggi dalam bidang pertanian di rantau Asia-Pasifik tahun ini.