Campur tangan kuasa luar merupakan faktor utama yang mengundang risiko kepada keselamatan serantau, walaupun situasi di Laut China Selatan (LCS) stabil pada keseluruhannya.
Pandangan itu dizahirkan pakar-pakar yang menyertai acara salon ‘Tides & Voices‘ anjuran Kumpulan Media China (CMG) di Sanya baru-baru ini.
Mereka menyeru semua pihak terlibat supaya terus membina konsensus, menghapuskan gangguan serta bersama-sama memelihara keamanan dan mendorong kemakmuran di LCS.
Pakar dari Persatuan Persahabatan Malaysia-China, Peter T. C. Chang berpendapat dialog dan rundingan serta nyahmilitarisme merupakan hala tuju tepat bagi pembangunan LCS dan juga selaras dengan kepentingan asas negara-negara ASEAN.













Tinggalkan Balasan