Pasaran China Sangat Berpotensi

Gerak kerja dan istilah baharu yang terkandung dalam laporan kerja kerajaan China yang dibentangkan semasa berlangsungnya sidang tahunan NPC dan CPPCC di Beijing pada masa sekarang, sudah menjadi petunjuk penting bagi syarikat asing ketika memerhati dan merancangkan operasi mereka di China. 

“Memfokuskan pembangunan pasaran domestik yang kuat” bermaksud bahawa negara gergasi ini akan terus meneroka potensi besar dalam pasaran penggunaan, “dengan cepat memupuk dan mengukuhkan momentum baharu” dirujuk kepada China akan memberikan sokongan penuh kepada pelabur asing untuk memacu penyelidikan, pembangunan serta inovasi, dan “terus meningkatkan tahap keterbukaan” bermaksud bahawa pelabur asing akan menjadi lebih mudah ketika mengakses ke ekonomi baharu.