Perhimpunan sambutan ulang tahun ke-105 Parti Komunis China (PKC) diadakan dalam suasana penuh gilang-gemilang di Dewan Besar Rakyat di Beijing, pada Rabu.
Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat PKC, Xi Jinping menyampaikan Pingat 1 Julai kepada para penerima.
“Saya mewakili Jawatankuasa Pusat Parti, mengucapkan tahniah kepada para pemerima Pingat 1 Julai, para ahli Parti yang cemerlang, serta petugas dan jawatankuasa Parti di peringkat akar umbi yang cemerlang,” kata Xi, yang juga Presiden China dan Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat China .
Beliau menyatakan bahawa rakyat adalah pencipta sejarah, dan mereka benar-benar wira sezaman.
“Sepanjang 105 tahun lalu, PKC berpegang teguh kepada aspirasi asal untuk membawa kebahagiaan kepada rakyat dan mewujudkan kebangkitan nusa dan bangsa China.
“PKC akan bersolidariti dengan rakyat dengan ikhtiar yang berterusan untuk menulis bab yang lebih gemilang dalam sejarah bangsa China,” kata Xi.
Menurut beliau, modenisasi pertahanan negara dan pasukan tentera berkualiti tinggi perlu diwujudkan. Usaha hendaklah dilakukan untuk mewujudkan matlamat perjuangan 100 tahun penubuhan Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) dan mempercepat pembinaan PLA sebagai pasukan tentera bertaraf dunia, selain secara tegas mempertahankan kedaulatan negara, keselamatan dan kepentingan pembangunan, hingga memberi sumbangan yang lebih besar dalam menjaga keamanan dan pembangunan dunia.
Xi dalam ucapannya juga menegaskan matlamat untuk membina China sebagai negara sosialis moden dan mewujudkan sasaran “seratus tahun kedua” menjelang pertengahan abad ini.
“Semua ahli Parti dikehendaki komited kepada aspirasi asal dan menggalas tanggungjawab, bersama-sama rakyat pelbagai etnik untuk mencipta kecemerlangan sejarah yang baharu,” kata Xi lagi.













Tinggalkan Balasan