Sidang ke-17 Jawatankuasa Tetap Jawatankuasa Kebangsaan ke-14 CPPCC Buka Tirai 

Sidang ke-17 Jawatankuasa Tetap Jawatankuasa Kebangsaan ke-14 Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) membuka tirainya di Beijing pada Selasa. 

Pembangunan berkualiti tinggi, pertumbuhan ekonomi yang mampan dan sihat serta kemajuan sosial secara menyeluruh menjadi tumpuan utama sidang kali ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan CPPCC Wang Huning dalam ucapannya menyeru supaya anggota CPPCC terus mengemukakan idea dan cadangan bagi menyumbang kepada usaha memacu modenisasi ala China menerusi pembangunan berkualiti tinggi.

Sementara itu, Naib Perdana Menteri Ding Xuexiang berkata pembangunan perlu sentiasa menjadi keutamaan dan usaha berterusan harus diperkasa untuk memajukan pembangunan berkualiti tinggi.