Tayangan Filem dan Program TV Terpilih CMG Dilancarkan di Malaysia

Menjelang lawatan Presiden China, Xi Jinping ke Malaysia, aktiviti “Tayangan Filem dan Program TV Terpilih Kumpulan Media China (CMG)” dilancarkan di Malaysia pada Sabtu.

Sebanyak sepuluh program terpilih seperti “Xi Jinping Cares About Chinese Cultural Treasures”, “Farewell to Poverty”, “The Wisdom of Wellness” akan disiarkan di media tempatan Malaysia.

Presiden CMG, Shen Haixiong dalam ucapan videonya berkata, China dan Malaysia telah bersahabat sejak berkurun lamanya dan kedua-dua negara merupakan kawan karib bagaikan saudara.

“Pada 2024, Presiden Xi Jinping semasa bertemu Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perlunya pembentukan sinergi ke arah memantapkan pembinaan komuniti berkongsi nasib China-Malaysia, saling membantu dalam mencapai matlamat pembangunan serta terus menyumbang kepada kemakmuran dan kestabilan serantau.

“Di bawah bimbingan pemimpin kedua-dua negara, hubungan China-Malaysia dalam era baharu terus melangkah menuju masa depan yang lebih gemilang,” kata Shen.

Shen berharap tayangan program CMG dapat membantu rakyat Malaysia merasai sepenuhnya karisma Presiden Xi, mengambil tahu pengalaman China dalam membasmi kemiskinan, merasai keramahan rakyat China serta kegemilangan budaya China, sehingga mempunyai perspektif lebih menyeluruh terhadap imej negara Tembok Besar yang boleh dipercayai, disayangi dan disegani.

Tayangan  Filem dan Program TV Terpilih tersebut akan diadakan di BERNAMA, ASTRO, Al-Hijrah, 8TV dan lain-lain hinga penghujung bulan Jun.