Menteri Luar China Wang Yi mengadakan pertemuan dengan bekas Presiden Chile Michelle Bachelet yang merupakan calon jawatan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), di Beijing pada Khamis.
Dalam pertemuan itu, Wang berkata China kekal komited dalam memperkasa semula dan memperkukuh PBB, selain menyesuaikan diri dengan situasi baharu demi menangani pelbagai cabaran.
Beliau menambah bahawa China akan mengambil bahagian dalam pemilihan Setiausaha Agung PBB yang baharu dengan sikap bertanggungjawab dan konstruktif.
Sementara itu, Bachelet berkata dunia kini berdepan pelbagai cabaran dan ketidaktentuan, justeru masyarakat antarabangsa perlu bersatu menegakkan multilateralisme.
Ujarnya, PBB harus memurnikan visi dan misi menerusi pembaharuan, memelihara kewibawaan Piagam PBB dan mendorong perkembangan seimbang tiga tonggak utama iaitu keamanan dan keselamatan, pembangunan serta hak asasi manusia.













Tinggalkan Balasan