Wang Yi Hadir Majlis Resepsi Raikan Ulang Tahun ke-25 SCO

Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) perlu terus memainkan peranan penting sebagai model yang menyumbang kepada keamanan dunia, pembangunan, kerjasama dan situasi sama menang.

Menteri Luar China Wang Yi membuat kenyataan itu ketika berucap pada majlis resepsi bagi meraikan ulang tahun ke-25 SCO, di Beijing pada Isnin.

Beliau menyifatkan penubuhan SCO sebagai menyingkap lembaran baharu dalam hubungan antarabangsa kontemporari.

Ahli SCO telah membina Semangat Shanghai yang menekankan aspek saling percaya, manfaat bersama, sama rata, berunding bersama, saling hormat tamadun berlainan dan makmur bersama, ujar Wang.

Beliau berkata empat inisiatif global utama yang disyorkan China serta gagasan komuniti berkongsi nasib sesama insan menyediakan alternatif kepada dunia.

Wang menambah bahawa China sedia berkongsi peluang pembangunan dengan anggota SCO yang lain sehingga mencapai kerjasama yang menguntungkan semua pihak.

Sementara itu, Setiausaha Agung SCO Nurlan Yermekbayev menyatakan bahawa Sidang Kemuncak SCO 2025 di Tianjin menerima pakai strategi pembangunan pertubuhan berkenaan untuk sedekad mendatang, sekali gus menetapkan hala tuju perkembangan yang bervisi jauh dan boleh laksana.

Diharapkan ahli SCO bersinergi untuk terus memberi manfaat kepada rakyat negara terbabit serta memajukan keamanan dan pembangunan serantau, kata Yermekbayev.