Baru-baru ini Presiden China, Xi Jinping telah membalas surat para pelajar dari China dan Amerika Syarikat (AS) yang menyertai program “A Shared Voyage: China-U.S. Youth Friendship Program”.
Dalam surat tersebut, beliau menggalakkan mereka untuk menyumbang kepada pembangunan hubungan kedua-dua negara ke arah lebih mampan, sihat dan berkekalan.
“Saya amat gembira ketika mengetahui para pelajar dari kedua-dua negara melakukan perjalanan persahabatan dengan menaiki kapal ‘China-U.S. Youth Friendship’. Persahabatan antara China dengan AS dilakar oleh rakyat, masa depan hubungan kedua-dua negara dibentuk oleh belia.” kata Xi dalam surat tersebut.
Pada November 2023, Presiden Xi telah memperkenalkan inisiatif untuk mengundang 50,000 belia dari AS ke China bagi menyertai program pertukaran dan pembelajaran dalam tempoh lima tahun akan datang.
Sehingga kini terdapat lebih 50,000 pelajar belia AS telah diundang ke China, matlamat tersebut dicapai dua tahun setengah lebih awal.
Mengulas lanjut, Xi berkata, golongan belia yang penuh dengan tenaga dan impian, mewakili masa depan hubungan China-AS dan dunia.
Malah beliau menantikan lebih banyak belia dari kedua-dua negara meneruskan agenda persahabatan, saling belajar dan maju bersama dan menjadi utusan persahabatan yang melintasi Lautan Pasifik sekali gus menyumbang kepada hubungan China-AS yang mampan, sihat dan berterusan.













Tinggalkan Balasan